About Me

Tuesday, March 19, 2013

Iluminati (Antikris)

Patung Besar Namrud

Raja Namrud bin Kan”an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim AS. Dan Namrud adalah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim AS kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa Allah adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam Al-Quran Al-Karim.

"Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan". Orang itu berkata: "Aku dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
Surah Al Baqarah : Ayat 258
Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsirkan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Namrud (Nimrod) telah membawa dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.

Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan Namrud memarahi Baginda dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup. Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim AS dari api yang panas bersemarak itu.

"Mereka berkata: "Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak". Kami (Allah) berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim", mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling rugi."
Surah Al Anbiyaa” : Ayat 68 - 70

Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai sebelah timur dan barat dunia ada empat orang. Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir. Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman bin Daud dan ZulQarnain. Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.

Kaitan Namrud dengan Illuminati
Berdasarkan kisah Namrud di dalam AlQuran sebenarnya berkaitan hingga ke zaman moden ini. Selain dari kisah yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim AS, ia juga berkaitan dengan keinginan Namrud yang ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Illuminati.

Nama “Nimrod” dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata "Marad" yang bererti "membangkang atau murtad". Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata "Marad" di dalam bahasa Arab ialah "Ridda" yang bermaksud "murtad".

Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq). Menurut satu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.



Gambaran Namrud yang Memerintah Babylon
Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu “benih seorang wanita”.

Kemudiannya, ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.

Di bawah ini merupakan gambar beberapa Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud. Watak-watak ini telah diadaptasi dari kisah Semiramis dengan Namrud:

Gambaran Dewi-Dewi Kuno
Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Perancis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua-dua negara tersebut.


Semiramis dalam duit syiling lama


Statue of Liberty

Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.


Logo Columbia TriStar Motion Picture Group

Keturunan Namrud sehingga kini
Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak kali dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang mengkaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline). Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds. Dalam Illuminati, dikatakan ia berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.

 
Organisasi Illuminati
Jika diperhatikan, Children”s TV Workshop yang menghasilkan rancangan seperti Sesame Street juga adalah milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu Disney yang membuat pelbagai rancangan kartun terutamanya. Pertubuhan-pertubuhan seperti ini kerja mereka adalah mem “Brainwash” minda kanak-kanak dan remaja, yang mana cara mereka nampak seperti bagus tetapi terdapat muslihat di sebaliknya. Terutamanya yang dapat menjauhkan fikiran kanak-kanak dari soal ketuhanan yang sebenar. Dari kecil lagi kanak-kanak telah disajikan dengan hiburan yang melalaikan.


Sesame Street

Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah pengaruh mereka
Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;

1. UN - United Nation (PBB - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)

United Nation

1. USA - United States of America
2. UK - United Kingdom
3. USSR - Union of Soviet Socialist Republics
4. UAE - United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.

UNESCO - United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization


UNESCO

Konsep “United” ialah menyatukan semua di bawah satu kuasa mereka. Dan perhatikan lagi maksud-maksud yang tersirat dari bendera-bendera negara yang menjadi milik mereka.


Bendera United States of Amerika

Bendera Amerika Syarikat (USA) - Perhatikan ada 50 bintang (unsur 3 piramid) dan juga jalurnya ada 13 (13 bloodlines illuminati). Bendera Malaysia pun dipengaruhi oleh mereka kerana Malaysia dulunya dijajah oleh British.


Bendera Australia

Bendera Australia - Perhatikan ada 6 bintang (bintang yang mempunyai 4 piramid di dalamnya), 1 bintang besar dan 5 bintang kecil. Dan ada bendera UK di dalamnya, kerana Australia ialah milik kepada UK.


Bendera Republik of China

Bendera China - Ada 5 bintang, 1 bintang besar dan 4 bintang kecil


Bendera USSR

Bendera Russia (USSR) - Ada sabit dan tukul seolah-olah membentuk serampang 3 mata. Dan ada satu bintang di atasnya.

Bendera Israel

Bendera Israel - Yang banyak mempamerkan simbol piramid


Bendera United Kingdom

Bendera United Kingdom (UK) - Anda mungkin tidak dapat melihat bintang di dalamnya. Tetapi jika anda berimaginasi, ianya seolah-olah anda melihat sebuah Piramid dari pandangan ATAS. Piramid 3 segi yang mempunyai 4 bucu. Dan palang di tengah-tengah dan ditambah dengan 4 silang lagi itu pun secara simboliknya seperti sebuah bintang. Dan anda juga dapat melihat ada banyak segitiga di dalamnya.

Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re- PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya. Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka. Dan yang paling penting, rakyat akan menjadi semakin mudah apabila tidak bersatu hati dan berlaku perpecahan sesama sendiri.

 



USD 1
 







Kesimpulan: Jauhi Ajaran Iluminati (Antikris) dan jangan ikut ajaran mereka. Tetaplah melakukan hal-hal yang baik, berdoa dan beribadah. Setia dalam Iman, mendengarkan dan melakukan apa yang TUHAN ajarkan.

GOD BLESS .. 
sumber

0 komentar:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masukkan email anda untuk mendapatkan UPDATE Artikel terbaru:

Delivered by FeedBurner

Translate

Blog Archive

My Friend

Popular Posts

Visitors

Site Info

 

Copyright© 2011 Artikel YohanPedia | Template Blogger Designer by : Utta' |
Template Name | Uniqx Transparent : Version 1.0 | Zero-Nine.Net